saya baru sahaja lepas menonton tanyalah ustaz di tv9 yang bertajuk "muflis akhirat dan muflis dunia"..JOM dengar perkongsian saya...maila...di sini saya ingin kongsikan satu hadis riwayat muslim:-
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: " Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?"
sahabat menjawab : orang yang muflis dikalangan kami ialah seorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta"
Lalu Rasulullah menjawab " sebenarnya orang yang muflis dikalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia, ia pernah mancaci maki, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu, lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka. (Riwayat Muslim)
Kawan2 yang dikasihi sekalian,
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan lagi fenomena mengumpat dan mengutuk orang atau mnceritakan ntang sesuatu keburukan atau aib seseorang di belakangnya sering terjadi walau di mana sahaja kita berada...terutamanya dalam golongan pelajar peringkat sekolah, di asrama, universiti mahupun alam pekerjaan..kita memang tak dapat lari dengan fenomena ini..oleh itu saya ingin katakan di sini bahawa ia bukan lagi fenomena tetapi sudah mnjadi kebiasaan atau rutin harian bagi sesetengah masyarakat yang tidak memikirkan tentang sahamnya di akhirat atau tidak menghayati erti ukhwah sebanar sesama muslim..mungkin bagi mereka yang sudah gelap hatinya sudah tidak sedar lagi bahawa ia merupakan salah satu dosa besar yang terdapat dalam senarai 70 dosa2 besar..awas rakan2, itu mungkin tanda2 hati sudah mati tatkala tidak merasakan satu kesalahan apabila melakukan dosa..check balik "tanda2 hati yang mati"..
mahukah kalian, ibadah yang kalian lakukan selama kita hidup di bumi ini mnjadi sia-sia hanya disebabkan lidah kita yang membicarakan tentang keburukan orang lain di belakangnya dan mencaci maki manusia??
sebab itulah kawan2, konsep "hablu minallah, hablu minannans" yakni hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia diketengahkan dalam islam, kerana tidak cukup hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah untuk membawa kita mencapai keredhaanNya sedangkan dalam diam kita sering menyakiti hati manusia dan menganiyainya..mungkin kita tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa dengan lidah yang tidak bertulang ini, mungkin tanpa disedari telah menyakiti atau mengguris mana2 pihak yang mungkin tidak senang dengan apa yang kita ungkapkan...Justeru saya mncadangkan agar kita bersikap lebih terbuka dan ringan mulut untuk meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin kita lebih kerap berinteraksi dengannya..Insyaallah dengan meminta maaf dari hati kehati disusuri dengan niat yang ikhlas dan murni akan membuatkan orang senang untuk memaafkan kita...
PESANAN BAGI ORANG YANG DIUMPAT,ATAU ORANG YANG TERANIAYA,
- jangan sesekali, membalas kejahatannya. relax je, sbb org tu nak bagi pahala dia kat kita. kalau kita balas balik benda jahat yang dia buat kat kita, kita tidak akan menjadi orang yang lebih baik malah kita sama je dengan die. Kuatkan hubungan dengan Allah, mengadu padanya, Allah suka mendengar rintihan hambaNya..jika mampu, balaslah dengan kebaikan dan senyuman kepada orang itu..Bersabarlah, "sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar"..
sekian saja dari saya..insyaAllah jika saya berkesempatan dan lapang masa, saya akan kongsikan pula pengalaman saya menghadapi saat2 saya difitnah dan diumpat suatu masa dahulu..hanya sekadar perkongsian bukan untuk merendahkan atau memalukan mana2 pihak...kadang2 bila diri diumpat, ia mungkin
- kifarah dosa
- satu teguran dari Allah
- satu ujian atau latihan agar kita lebih bersedia menghadapinya pada masa hadapan
- ujian dari Allah agar kita lebih mndekatkan diri denganNya
- untuk menguatkan mental dan ketahanan diri
- boleh melatih kita menjadi lebih matang jika tahu cara terbaik menghadapinya
ingatlah ,setitik musibah atau ujian bersamanya segunung hikmah..
Yakinlah kepada Allah dan janji2Nya serta terus berada dilorong dan laluan yang benar..
bye..assalamualaikum..sekian.
#buang yang keruh ambil yang jernih, buang mudharat, ambil manfaat